TAPAU TEMBELING 2023


Registration for this event has closed

Sebagai acara penutup bagi tahun 2023, kami mempersembahkan Tapau Tembeling (Edisi Pertama). Bukit Tembeling terletak di pesisir Teluk Cempedak, peserta akan melalui denai denai dengan kepelbagaian tumbuhan serta laluan bersimen.
Acara ini akan dianjurkan secara santai dan minimal. Tapak mula dan tamat adalah dipesisiran pantai, peserta perlu menghabiskan 15 pusingan. Anggaran 1 pusingan adalah 3.5KM
Tarikh Acara: 09.12.2023
Waktu Pelepasan 12H: 04.30AM
Waktu Pelepasan 6H: 10.30AM
Cut Off: 04.30PM
Bib Collection: 2 jam sebelum acara
Had Peserta: 100 orang sahaja

 

 

FORMAT ACARA
LELAKI DAN WANITA TERBUKA


12H
1. PESERTA PERLU MENGHABISKAN 15 PUSINGAN BUKIT TEMBELING
2. 5 PESERTA TERPANTAS AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG


6H
1. PESERTA PERLU MENGHABISKAN 7 PUSINGAN BUKIT TEMBELING
2. 3 PESERTA TERPANTAS AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG


12H DUO
3. SETIAP KUMPULAN PERLU MENGHABISKAN 15 PUSINGAN BUKIT TEMBELING
4. SALAH SEORANG AHLI KUMPULAN DIBENARKAN MENGHABISKAN MINIMA 6 LOOP DAN SELEBIH NYA BOLEH DILAKUKAN OLEH PASANGAN.
5. AHLI KUMPULAN WAJIB MENGHABISKAN PUSINGAN AKHIR (LOOP 15) BERSAMA SAMA
6. PENYERTAAN BERKUMPULAN YANG DIBENARKAN, LELAKI + WANITA ATAU WANITA + WANITA SAHAJA.
7. 3 KUMPULAN TERPANTAS AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG

TERMA & SYARAT
1. Acara ini dianjurkan secara minimal untuk mengurangkan kos kos yang mungkin meningkatkan lagi yuran penyertaan.

2. Walaubagaimanapun kelulusan penganjuran badan berwajib akan tetap diambil. Para peserta turut dilindungi oleh insuren kemalangam sepanjang acara.

3. Rekod masa: Untuk mengurangkan kos penganjuran acara, kami akan mencatat masa secara manual

4. Pacer/ Peneman/ Ghost runner yang tidak berdaftar sewaktu/ sepanjang larian adalah tidak dibenarkan.

5. Dengan mendaftar acara ini secara tidak langsung anda bersetuju dan menerima segala risiko yang mungkin berlaku sepanjang acara berlansung.

6. Segala penggunaan gambar sewaktu acara adalah hak milik penganjur.

7. Segala kehilangan dan kerosakan barang sepanjang penganjuran adalah tanggung jawab anda sendiri.

8. Tiada penukaran kategori saat akhir

9. Penganjur tidak akan memaparkan senarai peserta sehingga acara berlangsung.

10. Keputusan penganjur adalah muktamad.`

MAKLUMAT PENGANJUR
PENGANJUR: AFOSE MANAGEMENT
CO- PENGANJUR: ELPIS EVENT MANAGEMENT
EMAIL: afosemanagement@gmail.com

Share this event with your network: